BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

blog saya

wizard

Saturday, April 25, 2009

HARI PENDIDIKKAN ISLAM

PADA PAGI TADI SAYA BERSIAP AWAL KERANA SAYA INGIN PERGI KE SEKOLAH MAK SAYA. BILA PERGI KE DEWAN SAYA NAMPAK MEREKA MEMBUAT PERSEMBAHAN NASYID {L} DAN {P}. LEPASTU SAYA NAMPAK SURAYA DAN MAKNYA DATANG KE SEKOLAH.MAK SAYA MENINGGALKAN SAYA DAN SAYA DUDUK BERSAMA DIA BILA MASA UNTUK REHAT SAYA MENGIKUT DIA PERGI KE KELAS 2D UNTUK MENJAMU SELERA BILA HABIS SAJA MENJAMU SELERA MAKNYA MEMBAWA SAYA DAN DIA PERGI MEMBELI DADIH DAN ROJAK.KAMI PUN BALIK KE DEWAN LEPASTU SURAYA INGIN PERGI MEMBELI SAYA PUN TERSEREMPAK DENGAN MAK SAYA SAYA PUN PERGI KE DIA SAYA RASA SERONOK BILA MAK SAYA BAWA SAYA SHOPPING MEMBELI BAJU,TUDUNG DAN LAIN-LAIN. OK ITU SAJA BYE3.

Wednesday, April 22, 2009

Hari yang menggembirakan

Hari ini kawan saya baru balik dari Kuala Lumpur dan Terengganu.Jadi pada malam ini mungkin saya boleh berjumpa dengan dia kerana malam ini ada tuisyen malam.

Hari yang malang nasibku.

Hari ini hari malang saya kerana dekat kafa tadi saya sedang membuat kerja buku tajwid buat huruf qalqalah. Bila saya bangun daripada tempat saya tiba-tiba saya tak sedar saya terkena gula getah dan saya pun rasa marah kepada orang yang meletakkan gula getah itu saya kata kepada kawan saya kalau kami dapat orang yang meletakkan gula getah itu kami akan sembelih untuk dibuatkan korban OK itu saja. BYE..

Thursday, April 16, 2009

NASIHAT LUQMANUL HAKIM

10 Pesanan Lukmanul Hakim kepada anaknya Dan {ingatlah} ketika Lukman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan{Allah} adalah benar-benar kezaliman yang besar. Tiada kata seindah doa dan nasihat yang berguna, Lukmanul Hakim adalah seorang hamba Allah, yang dianugerahi banyak hikmah dan rahsia kehidupan. Pada anaknya Lukmanul Hakim memberi nasihat, yang sarat makna dan rahsia kehidupan, semoga jada pegangan.

Siapakah orang yang gila itu?

Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Thursday, April 2, 2009

Cuti sukan

Hari ini saya rasa tak gembira kerana mengetahui bahawa esok tak cuti.Saya ingatkan esok cuti sukan.Cikgu saya pun bagi tau kalau nak tau cuti atau tidak kena dengar melalui radio.Tapi saya tak dengar melalui radio sebab saya menunggu mesej daripada kawan mak saya kerana dia duduk di stadium bila dapat sahaja mesej itu saya rasa sedih.Tapi takpalah saya tak heran janji kedatangan mesti penuh tahun ini.Ok itu sahajalah buat hari ini.

Wednesday, April 1, 2009

Selamat berkenalan

Assalammualaikum kepada semua pembaca blog .Nama saya Nurul Sakinah binti Abdullah.Hari ini hari pertama saya membuat blog.Saya berasa gembira dapat berkenalan dengan kamu semua.Nanti-nanti bila ada masa bukalah blog saya.Sampai sini sahaja kiriman saya.