BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

blog saya

wizard

Sunday, November 29, 2009

Tinggal di kampung.





Sudah masuk 2 minggu aku tinggal di kampung, bila aku tinggal disana aku macam tidak mahu pulang ke Perlis kerana aku ada sepupu bernama Aliah tak tahu nak kata sebabnya makin hari aku semakin rapat dengannya. Kerana aku dah lama tinggal disana terpaksa kena BALIK PERLIS saya rasa rindu sangat dekat dia, tapi tak apa nak buat macam mana dah kena balik terpaksalah. Sebelum dia pulang ke kampung pelbagai perkara yang saya lakukan di sana sepertinya: menyidai baju, memasak, belajar taekwondo dan lain-lain. SETAKAT ITU YANG INGIN CERITAKAN LAGIPUN SAYA TAK MAHU CERITAKAN BANYAK-BANYAK......

Thursday, August 20, 2009

biRThday S0meb0dy

NI adalah gambar kad harijadi kpd sese0rang yang teristemewa bagiku,,
.........
Dia adalah cg saya yg pling saya sayangi,,,malangnya pada hari lhirnya

tidak pada harinya,,dia harus meninggalkan sekolah krana dia hanyalah guru

praktikal,, aku memberi kad ucapan itu sebelum hari jadinya,,

kerana pada hari jdinya sekolahku sudah bercuti,,,,

Tetapi saya berharap dia menyimpan serta menyukai kad trsebut wlaupun dia simply saja,,,

Sekian,,Terima kasih,,
Wassalam,,,

Tuesday, August 11, 2009

HARI YANG MENGGERAMKAN

Hari ini saya rasa sangat marah kerana dekat kantin tadi kawan saya, Aizat tiba-tiba marahkan saya. Saya pun berasa hairan kenapa dia marahkan saya. bila waktu habis rehat saya pun ke kelas. Aizat marahkan saya lagi dan saya pun berkata, "AWAT HANG NI SAMSENG SANGAT". Selepas itu dia mengangkat kakinya diatas meja kawan sebelah saya iaitu Ezzatie. Selepas itu, dia menurunkan kakinya mungkin kerana dia takut saya marahkan dia. Ok setakat itu saja cerita saya. Bye3

Sunday, July 12, 2009

CERITA HANTU TANPA KEPALA

KETIKA MELALUI JALAN TERSEBUT, TOK ALI SERING TERDENGAR BUNYI JERITAN DAN TERIAKAN MANUSIA. JERITAN ITU DATANGNYA DARI ARAH BEREK TERSEBUT. TOK ALI JUGA PERNAH TERSEREMPAK DENGAN LELAKI YANG BERJALAN TANPA KEPALA. CERITA TENTANG HANTU TANPA KEPALA ITU MEMANG DIKETAHUI OLEH PENDUDUK DI SITU. MEREKA JUGA SERING TERSEREMPAK DENGAN LEMBAGA TERSEBUT. SESIAPA YANG PERNAH TERSEREMPAK DENGAN HANTU TANPA KEPALA ITU, PASTI AKAN LARI BERTEMPIARAN KERANA KETAKUTAN.

Saturday, April 25, 2009

HARI PENDIDIKKAN ISLAM

PADA PAGI TADI SAYA BERSIAP AWAL KERANA SAYA INGIN PERGI KE SEKOLAH MAK SAYA. BILA PERGI KE DEWAN SAYA NAMPAK MEREKA MEMBUAT PERSEMBAHAN NASYID {L} DAN {P}. LEPASTU SAYA NAMPAK SURAYA DAN MAKNYA DATANG KE SEKOLAH.MAK SAYA MENINGGALKAN SAYA DAN SAYA DUDUK BERSAMA DIA BILA MASA UNTUK REHAT SAYA MENGIKUT DIA PERGI KE KELAS 2D UNTUK MENJAMU SELERA BILA HABIS SAJA MENJAMU SELERA MAKNYA MEMBAWA SAYA DAN DIA PERGI MEMBELI DADIH DAN ROJAK.KAMI PUN BALIK KE DEWAN LEPASTU SURAYA INGIN PERGI MEMBELI SAYA PUN TERSEREMPAK DENGAN MAK SAYA SAYA PUN PERGI KE DIA SAYA RASA SERONOK BILA MAK SAYA BAWA SAYA SHOPPING MEMBELI BAJU,TUDUNG DAN LAIN-LAIN. OK ITU SAJA BYE3.

Wednesday, April 22, 2009

Hari yang menggembirakan

Hari ini kawan saya baru balik dari Kuala Lumpur dan Terengganu.Jadi pada malam ini mungkin saya boleh berjumpa dengan dia kerana malam ini ada tuisyen malam.

Hari yang malang nasibku.

Hari ini hari malang saya kerana dekat kafa tadi saya sedang membuat kerja buku tajwid buat huruf qalqalah. Bila saya bangun daripada tempat saya tiba-tiba saya tak sedar saya terkena gula getah dan saya pun rasa marah kepada orang yang meletakkan gula getah itu saya kata kepada kawan saya kalau kami dapat orang yang meletakkan gula getah itu kami akan sembelih untuk dibuatkan korban OK itu saja. BYE..

Thursday, April 16, 2009

NASIHAT LUQMANUL HAKIM

10 Pesanan Lukmanul Hakim kepada anaknya Dan {ingatlah} ketika Lukman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan{Allah} adalah benar-benar kezaliman yang besar. Tiada kata seindah doa dan nasihat yang berguna, Lukmanul Hakim adalah seorang hamba Allah, yang dianugerahi banyak hikmah dan rahsia kehidupan. Pada anaknya Lukmanul Hakim memberi nasihat, yang sarat makna dan rahsia kehidupan, semoga jada pegangan.

Siapakah orang yang gila itu?

Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Thursday, April 2, 2009

Cuti sukan

Hari ini saya rasa tak gembira kerana mengetahui bahawa esok tak cuti.Saya ingatkan esok cuti sukan.Cikgu saya pun bagi tau kalau nak tau cuti atau tidak kena dengar melalui radio.Tapi saya tak dengar melalui radio sebab saya menunggu mesej daripada kawan mak saya kerana dia duduk di stadium bila dapat sahaja mesej itu saya rasa sedih.Tapi takpalah saya tak heran janji kedatangan mesti penuh tahun ini.Ok itu sahajalah buat hari ini.

Wednesday, April 1, 2009

Selamat berkenalan

Assalammualaikum kepada semua pembaca blog .Nama saya Nurul Sakinah binti Abdullah.Hari ini hari pertama saya membuat blog.Saya berasa gembira dapat berkenalan dengan kamu semua.Nanti-nanti bila ada masa bukalah blog saya.Sampai sini sahaja kiriman saya.